Friday, 7 February 2020

Harap jangan mempermainkan hati masing-masing jika anda tidak mahu untuk disakiti


Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ambil sebanyak pengajaran daripada cerita ini agar kita sama-sama dapat berubah ke arah yang lebih baik. Insya-allah.... 


Watak:
R - Rain
F - fisha
U - uwais


U sudah lama bekerja di sebuah Company XX. Tahun 2018, F masuk bekerja di company yg sama dgn U. Mereka berkenalan dan berkawan. Jarak umur mereka adalah sepuluh tahun. U berumur 30 tahun manakala F, berumur 20 tahun.

Semakin lama berkawan, U sememangnya sedang mencari pasangan hidup. Oleh kerana syarat wajib yang dikenakan oleh ibunya, dia semakin berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Syarat yang dikenakan adalah bekerjaya, pandai berdikari dan boleh hidup dengan ibu mertua apabila sudah berkahwin kelak memandangkan U seorang anak lelaki tunggal.

Akibat berasa terlalu selesa berkenaan dan berkawan, F merasakan dia patut untuk memulakan langkah. Die berasa dihargai dan dilindungi oleh U sepanjang perkenalan mereka yang baru menjangkau 3 bulan. F menyatakan hasrat untuk ber'couple' dengan U. 

U merasa terkejut kerana beliau hanya mahu berkenalan dan berkawan terlebih dahulu. Jikalau mahu ke peringkat seterusnya, haruslah melepasi tahap pencapaian ibunya. Syarat yang dikenakan oleh ibunya menjadi kayu ukur untuk sesebuah perhubungan yang akan di hadapinya. U berjanji pada dirinya jikalau ibunya bersetuju dengan calon pilihannya, maka U akan berusaha untuk membuka pintu hati bagi wanita yang layak mengisi kekosongan hatinya. Tapi malangnya, sikap F yang kebudak-budakan membatalkan syarat yang telah ditetapkan oleh ibu U. U tidak begitu yakin dengan F kerana sikapnya sebegitu tidak meyakinkan untuk berjumpa dengan ibunya sekaligus membolehkan syarat ibunya berjaya, malahan U hanya berhasrat untuk berkenalan dan berkawan terlebih dahulu bagi mengenal hati budi masing-masing. 

Disebabkan terlalu terkesima dengan langkah drastik yang diajukan oleh F kepada U untuk ber'couple', maka U membiarkan soalan tersebut dan menganggap perkara itu tidak berlaku. U masih mahu berkawan seperti biasa, tetapi F berasa malu akan tindakannya sekaligus merasa marah dengan tindakan U membiarkan ajakan untuk ber'couple' itu dibiarkan sepi. Lebih menyedihkan lagi, U telah menunjukkan perbualan mesej di antara U dan F kepada kawan perempuan F. U merasakan bahawa, pada ketika beliau menunjukkan perbualan mesej tersebut, rakan F tersebut akan menyimpan rahsia, akan tetapi perkara sebaliknya berlaku. F berasa terlalu marah sehinggakan F mengutuk U di media sosial. Dan mana-mana perempuan yang berkawan rapat dengan U dan dipandang serong. Lalu perhubungan mereka terhenti setakat itu. 



SAMBUNGAN CERITA...... 

Tahun 2019, seorang lelaki dikenali sebagai R masuk ke dalam company XX dengan berjawatan eksekutif. Beliau merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik dan mempunyai latar belakang keluarga yang tidak bahagia. Beliau seolah-olah di'anak tirikan' oleh ibu bapanya memandangkan jarak umur di antara R dan abangnya adalah 10 tahun.

R masuk ke company XX dengan status tunangan orang pada bulan April 2019. Mempunyai seorang wanita baginya sudah cukup memberi erti dalam hidup memandangkan beliau berasa kosong dan keseorangan akibat daripada kurangnya kasih sayang daripada keluarga tercinta yang jauh di utara.

Namun, hari berganti hari, bulan berganti bulan, hubungan yang dibina telah putus di tengah jalan. Aib mengenai perihal putusnya pertunangan di antara R dan kekasihnya hanya mereka sahaja yang tahu. R tidak mahu aib mengenainya tersebar luas.

Pada bulan October 2019, rakan sepejabat memperkenalkan F kepada R. Lalu R seolah-olah merasakan sedang bertemu dengan cinta pandang pertama ketika bertemu dengan F. R tanpa membuang masa telah mengikuti F di laman sosial dan masing-masing bertukar nombor telefon bimbit bagi memudahkan komunikasi di antara mereka.

Hari berlalu dengan begitu pantas, perkenalan yang berlangsung telah membuahkan rasa sayang dan kasih di antara mereka. R saling membantu F dalam setiap perkara yang dilakukannya. Namun, hubungan mesra mereka hanyalah sebagai kawan rapat dan belum pun ke peringkat seterusnya.

Dalam masa yang sama F dan U merupakan kawan baik. U dan rakan-rakan telah memberitahu bahawa Si F sedang solo. Jikalau mahu berkawan, U dan rakan-rakan mengizinkan. Padahal, U dan rakan-rakan tidak menahu lansung perihal F dan R sudahpun menjalinkan hubungan yang semakin rapat dari hari ke sehari.

Sehinggalah pada suatu ketika, di mana R tertekan akibat perbuatan abangnya telah menyebabkan beliau begitu emosi dan telah menempeliak F pada ketika itu. Maka keluarlah perangai ego F yang sebenar. F berasa begitu marah dan menyekat semua saluran media daripada R.

R menyesal kerana beliau berhasrat untuk mengajak F ke peringat yang seterusnya. Namun, disebabkan emosi yang terlampau R berasa dia telah membuat keputusan yang terlampau. Lalu R meminta maaf daripada F. Dan menyatakan bahawa R ingin hubungannya dengan F ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun, F membiarkan soalan itu tidak berjawab. R merasa tertanya-tanya, "adakah disebabkan emosi terlampau beliau yang menyebabkan F berasa takut dan was-was untuk ke peringkat seterusnya? Atau ada perkara lain yang tidak diketahui?"


Lalu R menceritakan kisah ini kepada U dan rakan-rakannya. Pada mulanya masing-masing terkejut, namun mereka tidak merasa apa-apa kerana sememangnya perangai R sedemikian rupa yang suka untuk membuat lawak. Maka, setelah lama, barulah U dan rakan-rakan memberitahu perihal bahawasanya F pernah untuk meminta 'couple' dengan U sebelum ini.


Masing-masing tertanya tanya adakah disebabkan hubungan F dan U tidak menjadi menyebabkan F trauma dan ingin membalas dendam terhadap R?

Persoalan demi persoalan muncul namun hingga ke hari ini tiada jawapan nya kerana F begitu ego membiarkan soalan R tidak berjawab walaupun R sudah meminta maaf atas keterlanjuran perkataan ketika beliau sedang dalam keadaan emosi. 

Apabila perlu, paksakan diri senyum semanis mungkin. Ini penting semasa kita dilanda keresahan. ♥♥♥

Monday, 23 October 2017

kita kawan?

Salam perkenalan selepas berjaya move on?

Berjayakah aku? Yes, I admit memang aku berjaya untuk move on. Tetapi, dengan adanya anasir jahat yang menghasut aku, aku tewas lagi. Come on la,baby. You can do this πŸ’ͺ

Luluh hati aku bilamana kau benar² memilih orang lain. Kau pilih dia bukan aku. Menyesal tak sudah aku memberi harapan palsu kepada diri sendiri agar kau memilih aku bukan dia. Aku hormat kau dan kau hormat aku. Aku tahu kau sudah ada pilihan yang terbaik buat dirimu tapi, dengan adanya anasir jahat yang cuba menghasut pemikiran aku, membuatkan hati aku menjadi lagi parah😭😭😭😭


Bersabarlah duhai hati. Ini hanya dugaan dan cabaran. Semoga ada yang lebih baik menanti dirimu, sayang πŸ˜‰ Biarlah dirinya bahagia dan anggaplah dirimu mengecapi bahagia andai itu yang terbaik buat dirimu. Cukuplah kita hanya bersama pada pandangan mata, namun, jauh di sudut hati, tiada siapa yang tahu. Andai ada jodoh, pasti akn bersama. 🚢🚢🚢🚢🚢





Apabila perlu, paksakan diri senyum semanis mungkin. Ini penting semasa kita dilanda keresahan. ♥♥♥

Monday, 28 March 2016

Bila mana kawan baik 'dia' sendiri hadir dalam hidup aku, Aku sering tertanya-tanya, apa motif kau sebenarnya?

Kau beritahu segala benda yang aku suka dan segala macam yang aku tak suka. Apa yang menjadi kegemaran dan kegilaan aku dan apa yang menjadi ketakutan menyelubungi aku pun kau bagitau kawan baik kau.

Dan aku sampai ke hari ini, tak faham apa maksud di sebalik kebaikan yang kawan baik kau beri kepada aku. Aku tak mengharapkan simpati disebabkan apa yang telah kau lakukan kepada aku. Aku hanya mahukan ketenangan dan lupakan apa yang telah berlaku antara kita. Tapi, kau seolah-olah memperjudikan aku kepada orang. 

Kau seolah-olah menyerahkan sekeping hati milik aku ini seperti menjual sayur di pasar. Dan aku sendiri kadang-kadang keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku tahu kawan kau itu baik. Tapi, kadang kala aku bingung sebenarnya aku dengan siapa. 

Yaaaa,,, kau memang memahami aku. Dan aku tahu hati engkau bukan pada aku. Kita hanya boleh jadi kawan. Aku taka nafikan memang pada mulanya aku benci kau, tapi, inilah lumrah, hati aku dah tak boleh nak menipu sebab aku anggap engkau bukan sebagai kawan disebabkan kita rapat.



Aku harap, kau berbahagia dengan kekasih kau. Aku doakan yang terbaik. 

Apabila perlu, paksakan diri senyum semanis mungkin. Ini penting semasa kita dilanda keresahan. ♥♥♥

Thursday, 10 September 2015

New semester just begin

hye hye hye..
salam new semester. huhu


New semester just begin. Aku nie semangat sangat entah kenapa entah. Mungkin sebab aku tengah move on kot. Bhahaha.

Nak tahu sebab apa aku move on? Because I'm still loving the same person who broke my heart. You know what I mean??? Hmmmm.. Susah nak buang rasa sayang ni. Dulu minat-minat macam tu je. Tak adelah sampai nak "tersuka" plak. By right, dia pun dah tak single. Padan muka.


I really do not like him before. Tapi, sejak kitorang rapat, amek kau. Suma jadi lain. Okey bhai. Dia datang.
Apabila perlu, paksakan diri senyum semanis mungkin. Ini penting semasa kita dilanda keresahan. ♥♥♥

Friday, 4 September 2015

I'm giving up on you

As time passes, so, here we go. Aku berhajat nak tulis blog balik sebab people keep following me on twitter and instagram. Sebelum ni, I'm stop blogging because people keep on reading my post. Huhu

Same reason, right? So, malam ni topik yang aku cuba wujudkan adalah cinta sesama manusia. specificly, cinta ajnabi. Pertama kali kaki aku melangkah masuk ke alam universiti, aku sedaya upaya menjaga batas pergaulan yang ada. Sampaikan aku stop contact kawan sekolah rendah aku. Just sebab nak jaga ikhtilat.

Tapi, as time goes on...... Aku berurusan dengan ramai orang. Then, ade sorang mamat ni suka kacau aku. Seperti kebiasaan yang aku buat berlandaskan matlamat asal aku, aku cuba untuk ignore die. Masa tu hanya ada facebook dan twitter, instagram ade tapi taklah sesyok sekarang ni.

Aku tetibe stop conversation dengan die masa masuk first year degree. Itupun sem 2. Pastu, we were not contacting each other unless kitorang just say "hye bye" masa jumpe. Itupun aku dah malu. Back after 1 and half years later, kitorang rapat balik. And yes, dia mengungkit what was happened before. I admit memang aku tak jujur pun. And for your information, sampai ke hari ni aku memang tak jujur on my feelings towards you. 😝😜😜

He was with someone else at that time. Actually I'm the last person knew that from my friends. If I'm not mistaken, I knew he was coupled after they broke up. This is the real story I tell you. To be honest, there was other parties who blaming me because of their relationship. This is so ridiculous. 😑😑😑😑

And now, I can not say anything.
I need to stay strong. Just go with the flow.
I deserve someone better and you too.
But, I'm wishing you all the best in whatever you do.
Apabila perlu, paksakan diri senyum semanis mungkin. Ini penting semasa kita dilanda keresahan. ♥♥♥

Bukan mudah nak terima dengan hati terbuka.

hye everyone. sorry for not blogging.
You may see that my blog last updated  on 1st April 2013.  It was two years ago.

I just stop blogging because  I don't want to be only a keyboard warrior. But then, when there still my friends who keep on blogging so that's why I'm here today.

Before this, I wrote only what's in my mind and what's feeling I've been gone through. And now, I will continue to write what's going on me.

Back to the main topic, "bukan mudah nak terima dengan hari terbuka". Yeah, it's quite long for me to accept what was going on me actually. It was just happened today which I knew I'm not so-brave-one to face it. It's been a few years loving someone that he never know. Ouh maybe I would say, he knows actually. But he pretend not know it until aku sendiri yang mengaku kot.

From year-to-year, I'm actually tak nak pun keep that feeling. tapi, kenapa still ada juga. Bermacam peristiwa yang berlaku yang boleh buat aku rasa aku nak jauhkan diri aku, tapi still, he always keep in my mind.

Sekarang ni aku nak diri aku kuat je nak terima apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku selepas ini. I'm wishing you all the best in whatever you do. Dari sejak awal perkenalan kita sampai sekarang, aku memang tetap tak kan mengaku unless aku memang betul-betul yakin dengan kau.

I'M MOVING ON

Apabila perlu, paksakan diri senyum semanis mungkin. Ini penting semasa kita dilanda keresahan. ♥♥♥

Monday, 1 April 2013

ade perkara yang kita terpaksa lepaskan ?

assalamualaikum.. hello peeps! hehe :)

oke oke.. sorry, mang da lme xmengupdate blog! blogging is just one of my hobby before. now, nothing else anymore... sorry again because mang da tak banyak nak post merepek-repek kat blog. kalau dulu ye, buat blog time abes SPM sebab bosan. pastu da masuk asasi kurang sikit la nak update.. masuk degree lagilah malas nak update... nampak tak yang blog ni suram sangat? hehe :P post kali ini, I'm in semester 2, in bachelor of accounting...

Alhamdulillah, hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur.. sedar tak sedar, umur pun tahun ni akan menginjak ke angka puluhan. Wo0oW! xde belasan lagilah.. untunglah ade kawan yang still umur 19 lagi tahun ni. tak pe, xkecoh pun. huhu :) banyak sangat perkara yang berlaku semester 2 ni. rasa maccam nak lari pun ade.. tapi, it's better than when I was in first semester. Now, today, in second semester, I become more matured! Cewaaahh!. xde nak gelabah sangat dah. huhu :)

From day to day, banyak perkara yang kita belajar dalam kehidupan. pelbagai ragam orang yang kita jumpa. kadang tu memberi manfaat buat diri sendiri, tapi, kadang tu jugaklah yang memberi pangajaran buat diri ini.. andai kata diri ini pernah membuat kesilapan, mohon maafkanlah... diri ini hanya insan biasa. yang kadangkala kesalahan yang dilakukan itu tidak disengajakan. my mum said : kalau Allah nak balas balik kat kite, Allah boleh balas cash! so, acctually, we need always to bear in our mind.

up to that point! now, perkataan kawin selalu dengar. asal ea? hehe :) sebelum ni kalau dengar je pasal kawin ke hape, buat dunno jep.. huhu :) sekarang da rasa laen. nampak tak kematangan di situ? hehe :) yela.. my cousins pun baru je kawen. so, yang laen ble lagi? tha


t's why ayah pun da makin strict with my sister and I. I've just review on certain blog, that belongs to the person who married when they were still study. huh? ni kira kawen awal la.. wahhh.. macam best en? tapi, duet kat cari dr mne? *tanye diri sendiri*. ape-ape pun, nak ucapkan mabruk dekat kawan sekolah yang kawen awal, and akan dapat anak soon.







*sekian sahaja, just release my tension before stay up for mu quiz tomorrow!
*wish me luck! bittaufiiqwannajah
Apabila perlu, paksakan diri senyum semanis mungkin. Ini penting semasa kita dilanda keresahan. ♥♥♥