Monday 28 March 2016

Bila mana kawan baik 'dia' sendiri hadir dalam hidup aku, Aku sering tertanya-tanya, apa motif kau sebenarnya?

Kau beritahu segala benda yang aku suka dan segala macam yang aku tak suka. Apa yang menjadi kegemaran dan kegilaan aku dan apa yang menjadi ketakutan menyelubungi aku pun kau bagitau kawan baik kau.

Dan aku sampai ke hari ini, tak faham apa maksud di sebalik kebaikan yang kawan baik kau beri kepada aku. Aku tak mengharapkan simpati disebabkan apa yang telah kau lakukan kepada aku. Aku hanya mahukan ketenangan dan lupakan apa yang telah berlaku antara kita. Tapi, kau seolah-olah memperjudikan aku kepada orang. 

Kau seolah-olah menyerahkan sekeping hati milik aku ini seperti menjual sayur di pasar. Dan aku sendiri kadang-kadang keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku tahu kawan kau itu baik. Tapi, kadang kala aku bingung sebenarnya aku dengan siapa. 

Yaaaa,,, kau memang memahami aku. Dan aku tahu hati engkau bukan pada aku. Kita hanya boleh jadi kawan. Aku taka nafikan memang pada mulanya aku benci kau, tapi, inilah lumrah, hati aku dah tak boleh nak menipu sebab aku anggap engkau bukan sebagai kawan disebabkan kita rapat.



Aku harap, kau berbahagia dengan kekasih kau. Aku doakan yang terbaik. 

Apabila perlu, paksakan diri senyum semanis mungkin. Ini penting semasa kita dilanda keresahan. ♥♥♥