Friday 7 February 2020

Harap jangan mempermainkan hati masing-masing jika anda tidak mahu untuk disakiti


Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ambil sebanyak pengajaran daripada cerita ini agar kita sama-sama dapat berubah ke arah yang lebih baik. Insya-allah.... 


Watak:
R - Rain
F - fisha
U - uwais


U sudah lama bekerja di sebuah Company XX. Tahun 2018, F masuk bekerja di company yg sama dgn U. Mereka berkenalan dan berkawan. Jarak umur mereka adalah sepuluh tahun. U berumur 30 tahun manakala F, berumur 20 tahun.

Semakin lama berkawan, U sememangnya sedang mencari pasangan hidup. Oleh kerana syarat wajib yang dikenakan oleh ibunya, dia semakin berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Syarat yang dikenakan adalah bekerjaya, pandai berdikari dan boleh hidup dengan ibu mertua apabila sudah berkahwin kelak memandangkan U seorang anak lelaki tunggal.

Akibat berasa terlalu selesa berkenaan dan berkawan, F merasakan dia patut untuk memulakan langkah. Die berasa dihargai dan dilindungi oleh U sepanjang perkenalan mereka yang baru menjangkau 3 bulan. F menyatakan hasrat untuk ber'couple' dengan U. 

U merasa terkejut kerana beliau hanya mahu berkenalan dan berkawan terlebih dahulu. Jikalau mahu ke peringkat seterusnya, haruslah melepasi tahap pencapaian ibunya. Syarat yang dikenakan oleh ibunya menjadi kayu ukur untuk sesebuah perhubungan yang akan di hadapinya. U berjanji pada dirinya jikalau ibunya bersetuju dengan calon pilihannya, maka U akan berusaha untuk membuka pintu hati bagi wanita yang layak mengisi kekosongan hatinya. Tapi malangnya, sikap F yang kebudak-budakan membatalkan syarat yang telah ditetapkan oleh ibu U. U tidak begitu yakin dengan F kerana sikapnya sebegitu tidak meyakinkan untuk berjumpa dengan ibunya sekaligus membolehkan syarat ibunya berjaya, malahan U hanya berhasrat untuk berkenalan dan berkawan terlebih dahulu bagi mengenal hati budi masing-masing. 

Disebabkan terlalu terkesima dengan langkah drastik yang diajukan oleh F kepada U untuk ber'couple', maka U membiarkan soalan tersebut dan menganggap perkara itu tidak berlaku. U masih mahu berkawan seperti biasa, tetapi F berasa malu akan tindakannya sekaligus merasa marah dengan tindakan U membiarkan ajakan untuk ber'couple' itu dibiarkan sepi. Lebih menyedihkan lagi, U telah menunjukkan perbualan mesej di antara U dan F kepada kawan perempuan F. U merasakan bahawa, pada ketika beliau menunjukkan perbualan mesej tersebut, rakan F tersebut akan menyimpan rahsia, akan tetapi perkara sebaliknya berlaku. F berasa terlalu marah sehinggakan F mengutuk U di media sosial. Dan mana-mana perempuan yang berkawan rapat dengan U dan dipandang serong. Lalu perhubungan mereka terhenti setakat itu. 



SAMBUNGAN CERITA...... 

Tahun 2019, seorang lelaki dikenali sebagai R masuk ke dalam company XX dengan berjawatan eksekutif. Beliau merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik dan mempunyai latar belakang keluarga yang tidak bahagia. Beliau seolah-olah di'anak tirikan' oleh ibu bapanya memandangkan jarak umur di antara R dan abangnya adalah 10 tahun.

R masuk ke company XX dengan status tunangan orang pada bulan April 2019. Mempunyai seorang wanita baginya sudah cukup memberi erti dalam hidup memandangkan beliau berasa kosong dan keseorangan akibat daripada kurangnya kasih sayang daripada keluarga tercinta yang jauh di utara.

Namun, hari berganti hari, bulan berganti bulan, hubungan yang dibina telah putus di tengah jalan. Aib mengenai perihal putusnya pertunangan di antara R dan kekasihnya hanya mereka sahaja yang tahu. R tidak mahu aib mengenainya tersebar luas.

Pada bulan October 2019, rakan sepejabat memperkenalkan F kepada R. Lalu R seolah-olah merasakan sedang bertemu dengan cinta pandang pertama ketika bertemu dengan F. R tanpa membuang masa telah mengikuti F di laman sosial dan masing-masing bertukar nombor telefon bimbit bagi memudahkan komunikasi di antara mereka.

Hari berlalu dengan begitu pantas, perkenalan yang berlangsung telah membuahkan rasa sayang dan kasih di antara mereka. R saling membantu F dalam setiap perkara yang dilakukannya. Namun, hubungan mesra mereka hanyalah sebagai kawan rapat dan belum pun ke peringkat seterusnya.

Dalam masa yang sama F dan U merupakan kawan baik. U dan rakan-rakan telah memberitahu bahawa Si F sedang solo. Jikalau mahu berkawan, U dan rakan-rakan mengizinkan. Padahal, U dan rakan-rakan tidak menahu lansung perihal F dan R sudahpun menjalinkan hubungan yang semakin rapat dari hari ke sehari.

Sehinggalah pada suatu ketika, di mana R tertekan akibat perbuatan abangnya telah menyebabkan beliau begitu emosi dan telah menempeliak F pada ketika itu. Maka keluarlah perangai ego F yang sebenar. F berasa begitu marah dan menyekat semua saluran media daripada R.

R menyesal kerana beliau berhasrat untuk mengajak F ke peringat yang seterusnya. Namun, disebabkan emosi yang terlampau R berasa dia telah membuat keputusan yang terlampau. Lalu R meminta maaf daripada F. Dan menyatakan bahawa R ingin hubungannya dengan F ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun, F membiarkan soalan itu tidak berjawab. R merasa tertanya-tanya, "adakah disebabkan emosi terlampau beliau yang menyebabkan F berasa takut dan was-was untuk ke peringkat seterusnya? Atau ada perkara lain yang tidak diketahui?"


Lalu R menceritakan kisah ini kepada U dan rakan-rakannya. Pada mulanya masing-masing terkejut, namun mereka tidak merasa apa-apa kerana sememangnya perangai R sedemikian rupa yang suka untuk membuat lawak. Maka, setelah lama, barulah U dan rakan-rakan memberitahu perihal bahawasanya F pernah untuk meminta 'couple' dengan U sebelum ini.


Masing-masing tertanya tanya adakah disebabkan hubungan F dan U tidak menjadi menyebabkan F trauma dan ingin membalas dendam terhadap R?

Persoalan demi persoalan muncul namun hingga ke hari ini tiada jawapan nya kerana F begitu ego membiarkan soalan R tidak berjawab walaupun R sudah meminta maaf atas keterlanjuran perkataan ketika beliau sedang dalam keadaan emosi. 

Apabila perlu, paksakan diri senyum semanis mungkin. Ini penting semasa kita dilanda keresahan. ♥♥♥